ISTERI MINTA RM3 UPAH BERASMARA |
KANGAR: Tindakan seorang wanita berusia 30-an meminta upah RM3 setiap
kali suami ingin berasmara dengannya sejak dua bulan lalu, membawa padah
apabila dia dicekik dan dibelasah lelaki berkenaan yang tidak tahan
dengan perbuatannya, kelmarin.
Dalam
kejadian jam 8 malam itu, suami mangsa berusia 30-an yang tidak
bekerja, dipercayai hilang sabar dengan tuntutan isterinya yang tidak
tinggal bersamanya sejak sebulan lalu, selain turut mengesyaki wanita
terbabit mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.
Lelaki
itu bertambah berang apabila isterinya tidak membenarkan telefon
bimbitnya diperiksa, lalu mencekik dan memukul mangsa yang berada di
rumah ibunya di Pauh, dekat sini.
Menurut
sumber, suami mangsa yang sebelum itu masuk ke dalam rumah menerusi
pintu belakang dikatakan cuba merampas telefon bimbit mangsa yang sedang
dicaj di atas meja.

