Tindakan memuat naik foto tersebut di laman Instagramnya menimbulkan
pelbagai kecaman hebat oleh umum selepas dianggap ianya agak keterlaluan
dan salah disisih agama Islam. Rata-rata tidak bersetuju dengan
tindakan Syahrini dan menuduh Syahrini tidak habis-habis cuba mencari
publisiti murahan.
Namun menurut Syahrini, foto tersebut hanya gurauan semata-mata dan bukan sengaja ingin menimbulkan kontroversi murahan.
"Saya seorang Muslim, dan sebagai salah seorang yang beragama Islam
hanya Allah SWT yang harus disembah. Tiada tuhan selain Allah dan Nabi
Muhammad SAW pesuruh Allah. Tidak mungkin saya mahu mereka menyembah
saya.
"Itu sekadar gurauan dan tidak bermaksud mahu menimbulkan kontroversi
murahan. Sudah tertulis ianya ‘Just For Fun’," jelas Syahrini kepada
pihak media.
Minggu lalu Syahrini terus kekal mempertahankan gelaran ‘Penyanyi Paling
Popular’ lima tahun berturut-turut di Anugerah SCTV 2014.
Sebelum ini, Syahrini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang
ahli perniagaan Malaysia dua tahun lalu namun putus ditengah jalan
akibat masalah persefahaman.


